::Assalamualaikum n selamat sejahtera::SELAMAT CUTI TO ALLL>>> AHAHAH..(^^,)..::

Thursday, June 24, 2010

::menagis::


www.tips-fb.com


Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis

1) Menangis kerana kasih sayang &  kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan  orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang  menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura  menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang  menjadikan orang tertawa dan  menangis." (AnNajm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa  dan tangis, serta  menciptakan sebab tercetusnya. Banyak  air mata telah mengalir di  dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir  ke pipi terus jatuh ke  bumi. Mata itu kecil namun ia tidak  pernah kering ia berlaku setiap  hari tanpa putus-putus. Sepertilah  sungai yang mengalir ke laut  tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata  itu di tampung banjirlah  dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji ?? Ada  tangisan yang sangat di cela  umpamanya meratapi mayat dengan meraung  dan memukul-mukul  dada atau merobek-robek pakaian. Ada  pula tangisan sangat-sangat di  puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana  menginsafi dosa-dosa yang  silam atau tangis kerana takut akan azab
dan siksa Allah.

Tangis an dapat memadamkan api Neraka "Rasululla h saw bersabda : 
Tidaklah mata seseorang menitiskan air  mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhny a air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas
gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah
menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendaka nya lalu ia memperhebatkan ta ngisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum saya pernah menciptaka n air lebih lazat daripada air mata taubat mu!." Air mata yang tiada di tuntut

Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukankah Tuhan yang telah menentukannya. Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.

Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.

Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.

Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah
buat amalan.

Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu??..

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang
telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air
mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Junjunga n Mulia bersabda "Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga
pasukan fi sabillah di waktu malam."

"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah dihari qiamat"??seseorang yang berzikir bersendi rian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."

"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering. "

Berkata Salman Al Faarisi r.a, saya di buat menangis atas 3 perkara jua :

1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut 

    nyawanya.
3. saya tidak tahu sama ada saya akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.


Air mata tanda rahmat Tuhan, Rasulullah saw bersabda : 
Jagalah mayat ketika kematiannya &perhatikanlah 3 perkara. 

1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat. 
(riwayat dari Salman al Faarisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."


so berpada-padalah dalam menagis ek...


No comments:

Post a Comment