::Assalamualaikum n selamat sejahtera::SELAMAT CUTI TO ALLL>>> AHAHAH..(^^,)..::

Monday, August 17, 2009

Bile pelajar aliran sains bercintan… … …


www.tips-fb.com

Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu
jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??

Kau : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan
tindak balas penggantian ke atas diriku.

Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia
masih lagi unsur dan bukannya sebatian.

Kau : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yg
kuberikan.

Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!

Kau : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih
lagi belum sahih.

Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku
bersamaan dengan cinta yg kau berikan.

Kau : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah ‘random’ yg
mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.

Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melalui proses pencaran dan perolakan.

Kau : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami
rintangan?

Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan
itu.

Kau: Adakah kita akan berpadu secara kimia?

Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan
menggunakan mikroskop cahaya.

Kau: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak balas
dengannya.

Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan
hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.

Kau: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali.
Masihkah kau tidak percaye?

Aku: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.

Kau: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita
harus mengalami pecutan yg seragam.

Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.

Kau: Tapi, imanku adalah infiniti!

Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau belum mendarabkannya
dengan 6×10^23.

Kau: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi
tekanan udara, kau jugak yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.

Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.

Kau: Kau betul-betul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi
rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini.

Biarkan aku sendirian… … ..

No comments:

Post a Comment