::Assalamualaikum n selamat sejahtera::SELAMAT CUTI TO ALLL>>> AHAHAH..(^^,)..::

Sunday, August 16, 2009

Apa itu H1N1?


www.tips-fb.com

'H' bermaksud Hemagglutinin protein
'N' bermaksud Neuraminidase protein

Viral novel influenza type A H1N1. ianya berasal dari virus avian flu
(selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah
bergabung dengan swine flu (yang sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi
sahaja) dan telah evolusi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host'
yg lebih tinggi di dalam rantaian makanan @ manusia. dan semasa di dalam
badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan
menjangkit dari manusia kepada manusia.

Jangka hayat virus
Oleh kerana ia adalah virus yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara
selama 2 hingga 8 jam sahaja. jika selepas tempoh tersebut ia tidak
mendapat perumah @ host ( badan manusia) ia akan mati.
Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yang
baik....akan 'bersih' dari virus tersebut.

Apa yang perlu tahu ?
Sebenarnya telah terdapat outbrake (wabak) di US sebelum terjadi outbrake
di Mexico tetapi tidak dilaporkan kepada WHO. Kemungkinan outbrake ini
telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus lah
outbrake di Mexico.

Virologi virus H1N1 incubation period yang singkat pada purata 2 hari
dengan julat 1 - 4 hari ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia
setelah ia menjangkit pesakit.

Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkiti paling cepat dan
selewat2nya hari ke-4. H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kepada
pesakit yang berisiko, ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yang
normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

Cara serangan
Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan. Virus ini
akan menyerang sistem pernafasan (seperti selsema burung dan SARS). Pada
peringkat awal, ia hanya pada 'trakea'. Jika tidak mendapat rawatan awal,
ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung
collapse'. Ia amat merbahaya kepada golongan yang berisiko tinggi.

Siapa yang berisiko
1. orang yang ada masalah 'obesiti' @ gemuk
2. perempuan yang mengandung
3. orang yang ada penyakit asma
4. orang2 yang bermasalah dengan sistem imunisasi (menjalani
'operation yang besar', kanak2 yang belum cukup suntikan imunisasi,
golongan2 yang rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)
5. Perokok (tambahan dari Emjay)
* kematian yang telah dilaporkan terdiri daripada golongan2 di atas

Simptom2
Hari 1 - rasa kurang sihat, tak bermaya
Hari 2 - selsema, batuk dan demam yang kekal ( demam tidak turun walaupun
telah makan ubat demam)
Hari 3 - rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
Hari 4 - sakit dada yang teruk........jumpa doktor dengan segera.......
Hari 5 and above - lung collapse @ koma

Langkah2 kawalan
1. golongan2 yang berisiko, elakkan daripada kesesakan ( kawasan
yang padat dengan orang ramai)
2. menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dengan betul,
jaga kebersihan rumah dan persekitaran
3. elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'
4. jika kurang sihat, elakkan diri dari beraktiviti (sosial dan
berkumpulan)
5. jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema
biasa) jangan hadirkan diri di kawasan orang ramai. Jika terpaksa, pakai
'mask' (sekurang2 nya 3 ply mask)
6. untuk orang yang sihat, elakkan dari kawasan yang padat.
7. jika ada tanda2 simptom di atas, segera ke hospital untuk
pemeriksaan dan rawatan
8. jika sihat, jangan ke hospital atau klinik untuk 'checkup'
kerana di kawasan tersebut mengandungi banyak virus.
9. tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubat influenza!!!!!!!!!!. jika
sihat dan mengambilnya, akan mengakibatkan resistan kepada vaksin @ ubt2
untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya
resistansi virus terhadap persekitaran badan yang telah mengambil ubat2
tersebut terlebih awal.
10. vaksin hanya akan 'wujud' seawal2nya pada Oktober dan hanya
untuk 'frontliner' sahaja dan untuk awam selewat2nya pada 2010.
11. untuk makluman, influenza test hanya dijalankan di dua makmal
sahaja di Malaysia. Ia mengambil masa 6 jam untuk run test kepada 1 batch
sample. Jika klinik menyatakan mereka boleh jalankan ujian, itu tidak
betul. Tidak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak
berkaitan.
12. tahap kesedaran dan pengetahuan yang tinggi amat perlu untuk
kita sama2 menghadapi outbreak ini.

Sama2lah kita berdoa kepada ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu. Amin

No comments:

Post a Comment