::Assalamualaikum n selamat sejahtera::SELAMAT CUTI TO ALLL>>> AHAHAH..(^^,)..::

Wednesday, December 22, 2010

"Inter Cultural In Globalisation To Photography"


www.tips-fb.com
Saya mengambilnya dari photomalaysia.. ini leh membuka mata kita terhadapat dunia luar, yang kita anggap seperti di malaysia..
terima kasih kepada saudara speed_demon999_evil atas artikel ini..

1.0
In Bahasa Melayu laa.... Bila tiba Hari Raya Aidiladha (Raya Haji) we will be look to "acara korban" kebanyakkan gambar yang dilihat ialah gambar lembu dikorbankan, secara kebiasaan kita di Malaysia atau pun negara Islam yang lain melihat upacara korban adalah biasa namun jika gambar upacara Korban dipamerkan itu atau pun upacara itu di lakukan di negara bukan Islam mungkin akan berlaku "Offences" ataupun mungkin kerana pertembungan budaya mengakibatkan upacara itu disalah anggap sebagai "Animal Abbuse" ataupun peyeksaan binatanag dalam konteks ini agama menjadi isuesnya sedangkan ia adalah hak juga kebebasan utk melaksanakan kehendak agama.

1.1
Dalam Konteks lain pula situasi yang saya alami sendiri apabila melawat beberapa buah negara untuk fotografi. Sebagai contoh 2 buah negara Indonesia & Saudi Arabia. Rakyat Indonesia menganggap Journalist ataupun Photographer Journalist sebagai satu kerjaya yang amat tinggi hinggakan pernah seorang Wired PJ dari Malaysia menceritakan pengalaman berada di Indonesia bagaikan Raja kerana setiap penggerakkannya di iringi oleh Polis bermotosikal bagi mengelakkan beliau tersangkut dengan kesesakkan lalulintas bukan itu sahaja orang awam amat memberi kerjasama dengan memberi maklumat setelah melihat beliau menggambil gambar disuatu kawasan dalam Jakarta bagi tugasannaya. Pengalaman saya sendiri bila berada disana juga amat senang hati bila melakukan tugasan dengan menghalakan lensa saya tanpa rasa khuatir akan ditegur atau dimarah. Saya membuat Nerative Documentaries dengan berada didalam keretapi untuk merakam penghidupan rakyat Indonesia seharian didalam keretapi hinggakan ada antara mereka mencari rezeki didalam keretapi tersebut. Keretapi itu adalah jenis kita diMalaysia seperti Komuter. Pernah pengalaman saya kena marah dalam keretapi atau pun komuter di Malaysia namun mungkin kesilapan saya kerana tidak berkomunikasi terlebih dahulu. Namun di Indonesia melihat sahaja saya dengan kamera mereka terus sahaja membuat seperti biasa malah saya merasakan lensa saya amat mesra dengan mereka.

Arab Saudi.
Situasi di Arab Saudi amat berbeza dengan negara lain di dunia ini membuktikan "Pertembungan Budaya dalam Globalisasi melalui Fotografi" benar-benar menjadi isu. Dimana saya sendiri pernah mengambil gambar disana & dirampas oleh pihak berkuasa atas alasan yang menngagap saya seorang pengintip sedangkan waktu itu saya dalam berpakaian "Ihram" (pakai semasa melawat & mekukan ibadah ketanah suci Mekah). Malah menjadi haram untuk kita menngambil gambar seorang perempuan arab disana. Oleh yang demikian penyelesaian tetap ada bagi mengatasinya melalui "Interpersonal Communication" dimana akses untuk merakam gambar seorang perempuan Arab adalah dengan pendekatan seorang jurugambar perempuan juga yang melaksanakannya. Sebagai contoh Jodi Cobb National Geographic Photographer
(http://photography.nationalgeographi...jodi-cobb.html)
"Jodi Cobb covered Israel and the West Bank during Palestinian uprisings. And she was the first photographer to enter the hidden lives of the women of Saudi Arabia. For this assignment, she was welcomed into the palaces of princesses and the tents of Bedouin for a landmark article in 1987." (http://www.nationalgeographic.com/me...hies/cobb.html)


Kesimpulan:
Apa yang saya tulis mungkin hanyalah sebahagian sahaja yang boleh kita bincangkan, pada saya topik "Pertembungan Budaya dalam Globalisasi melalui Fotografi" adalah sesutu yang menarik malah perkongsian maklumat mengenainya dikalangan forumer dalam PM ini boleh dijadikan panduan sebagai mana pengalaman "Cross Bridge", "Photo safari", "Street Photography" didalam ataupun luar negara & lain-lain lagi outing yang mana memperlihatkan isu "Pertembungan Budaya dalam Globalisasi melalui Fotografi" boleh dijadikan panduan agar segala kesulitan semasa berada di luar sana boleh diatasi. Reply With Quote

No comments:

Post a Comment